AirAsia Tawar Promosi Jualan Istimewa 72 Jam

AIRASIA Bhd (AirAsia) menawarkan promosi jualan istimewa selama 72 jam ke semua destinasi jarak pendek di China dengan tambang termasuk semua dari RM138 sehala.

 

 

Dalam kenyataan, Ketua Komersial Spencer Lee syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, jualan tersebut untuk penerbangan AirAsia berlepas dari pelbagai hab Malaysia di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Langkawi ke Guangzhou, Nanning, Hong Kong, Macao, Kunming, Shenzhen, Hangzhou, Changsha, Shantou dan Wuhan.

.

 

“Semua destinasi yang dinyatakan itu boleh didapati untuk tempahan secara dalam talian selama 72 jam di airasia.com dari 18 Oktober-20 Oktober, dan di aplikasi mudah alih AirAsia.

 

 

“Penumpang boleh melakukan perjalanan antara 19 Oktober, 2016 dan 22 Januari, 2017.

 

 

“China adalah antara pasaran utama kami dan destinasi pilihan ramai rakyat Malaysia,” tulis kenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.