Abam Trauma Meniaga Makanan, Jatuh Parit

KUALA LUMPUR – “Walaupun sudah lima tahun peristiwa tersebut berlaku, saya masih ingat ketika saya jatuh ke dalam parit berkenaan kerana tersalah lompat ketika menuju ke arah ‘food truck’ tempat ibu berniaga, kata Pelawak Abam Bocey menceritakan pengalaman berniaga bersama ibunya.

 

 

Akui masih trauma untuk menjalankan perniagaan makanan gara-gara peristiwa memalukan lima tahun lalu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 28, berkata, cukuplah sekali ditimpa malang seperti itu.

 

 

Bercerita lanjut pengalamannya terjatuh ke dalam parit ketika membantu ibunya, Sabariah Arshad berniaga makanan di kawasan rehat dan rawat (R&R) Lebuhraya Utara Selatan, menurut Abam, separuh badannya tersangkut di dalam parit menyebabkan dia tidak dapat keluar.

 

 

“Saya berada di dalam itu kira-kira 10 minit. Bayangkan dalam keadaan hujan lebat, saya dikerumuni orang ramai. Dada saya tersangkut di parit itu dan kaki saya dalam keadaan tergantung. Ibu cuba membantu dengan menarik saya ke atas tetapi tidak berjaya.

 

 

“Akhirnya saya berjaya naik ke atas selepas ibu mencampakkan besen di bawah kaki saya yang tergantung. Ketika itu hanya ibu yang bersusah payah selamatkan saya, tanpa bantuan dari orang sekeliling. Saya serik untuk ikut ibu berniaga selepas itu. Tetapi ia akan tetap jadi kenangan dalam hidup saya,” katanya ketawa, petik Astro Gempak.

 

 

Dalam perkembangan lain, Abam kini sibuk menjalani latihan Teater Muzikal Mok Cun D’Walei bersama-sama pelakon lain seperti Erma Fatima, Fatiya Latiff dan Amy Search.

 

 

Abam juga akan muncul dalam Mahaguru Spontan di Istana Budaya pada 22 hingga 23 Oktober ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.