Warga Indonesia Maut Diserang Rakan Senegara

Kuantan – Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah rumah kongsi dekat KPTM 5 Jalan Kuantan-Gambang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata pekerja buruh binaan itu yang dikenali sebagai Sairah, 39, didatangi sekumpulan lelaki juga dipercayai warganegara Indonesia dengan menaiki empat kenderaan pada pukul 8 malam.

“Dalam pergaduhan itu dipercayai mangsa diserang dengan tukul di lehernya mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri. Melihat keadaan mangsa yang tidak bergerak itu kesemua suspek melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, mangsa disahkan mati 20 minit kemudian.

Kata Abdul Aziz, pada masa yang sama rakan mangsa kemudiannya bertindak menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.