Tidak Cukup Akta Kekang ‘Ali Baba’ – MTEM

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memperkukuh undang-undang sedia ada bagi mengekang budaya “Ali Baba” dalam perniagaan membabitkan syarikat Bumiputera, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Tindakan menjadikan sesebuah projek sebagai Ali Baba kata Ketua Pengarah Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar kini semakin berleluasa apabila ada sesetengah syarikat Bumiputera sengaja menggaji kakitangan dari kumpulan itu bagi membolehkan mereka menerima projek yang dikhususkan untuk Bumiputera.

“Dia ini sebenarnya pegawai pemasaran sahaja di syarikat besar itu tetapi menjadi pengarah untuk syarikat yang lain.

“Saya tengok itu saya rasa malu, inikah Melayu?”soalnya.

Masyarakat Melayu dan Bumiputera juga katanya perlu bekerjasama mengekang budaya Ali Baba ini kerana ia memberikan ancaman kepada survival Bumiputera itu sendiri.

“Masyarakat Melayu kena tolak budaya ini kerana MTEM sahaja tidak memadai tetapi semua usahawan Melayu kena tolak,” tegasnya, dalam forum

Malah, sistem perundangan sedia ada juga katanya gagal mendefinasikan Ali Baba itu sendiri.

“Undang-undang sedia ada tidak mencukupi, tidak dapat mendefinasikan ungkapan ‘Ali Baba’ ini dalam kerangkanya,” katanya.

“SPRM perlu diperkukuhkan, taringnya perlu ditajamkan, bilangan penguatkuasanya perlu diperbanyakkan,” tambahnya, dalam Forum Transformasi: Barah Ali Baba di Bumi Merdeka anjuran MTEM.

Justeru, beliau turut mencadangkan agar status Bumiputera dan proses-proses yang mengiktiraf Bumiputera ini harus diaudit semula.

“Kita ada CTOS (Credit Tip Off Services), CCRIS (Central Credit Reference Information System) tetapi kenapa status bumiputera ini tidak diaudit,” katanya.

Rungutan itu dibangkitkan Nizam apabila MTEM sering menerima aduan berhubung tindakan sesetengah syarikat yang menjalankan urusan Ali Baba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.