Siti Bawa Pulang 2 Trofi, Lagu Lebih Indah

Kuala Lumpur – Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin membawa pulang dua trofi di malam kemuncak Anugerah Planet Muzik (APM) 2014 yang berlangsung di Suntec, Singapura, malam tadi.

Datuk Siti telah diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Artis Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia menerusi lagu Lebih Indah.

Selain dari Datuk  Siti, kumpulan rock terkenal Malaysia, Wings menerima Anugerah Khas Planet Muzik atas sumbangan mereka dalam industri muzik di rantau ini.

Turut memenangi trofi adalah beberapa artis tempatan lain iaitu Hafiz Suip bersama penyanyi popular Indonesia, Rossa bagi kategori Duo Terbaik untuk lagu berjudul Salahkah.

Pemenang bagi gelaran Artis Baru Wanita Terbaik dimenangi Fynn Jamal manakala Kolaborasi Artis Terbaik dimiliki Altimet dan Awi Rafael menerusi lagu Kalau Aku Kaya.

Dalam majlis gilang-gemilang itu, turut menyaksikan gandingan pengacara tiga negara iaitu Nabil (Malaysia), Sarah Sechan (Indonesia) dan Dyn Norahim (Singapura)

Anugerah ini adalah bertujuan memberi pengkitirafan kepada bakat dalam industri muzik Melayu serantau dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Senarai penuh pemenang Anugerah Planet Muzik (APM) 2014 :

Artis Baru Lelaki Terbaik – Tulus

Artis Baru Wanita Terbaik – Fynn Jamal

Artis Paling Popular APM – Kumpulan Noah

Lagu Paling Popular APM – Dia Dia Dia (Fatin Shidqa Lubis)

Duo Kumpulan Terbaik – Hafiz Suip & Rossa (Salahkah)

Band Terbaik – Noah

Kolaborasi Terbaik Artis – Altimet & Awirafael (Kalau Aku Kaya)

Kolaborasi Lagu Terbaik – Mimpi (Aisyah Aziz/ Faizal Tahir/ Omar K)

Artis Lelaki Terbaik – Judika (Mama Papa Larang)

Artis Wanita Terbaik – Siti Nurhaliza (Lebih Indah)

Lagu Terbaik Singapura – Tiada Pengganti (Sufie Rashid/ Izwan Khuzir & Rusdi Badri/ Shafiq Iskandar & Sufie Rashid)

Lagu Terbaik Malaysia – Lebih Indah (Siti Nurhaliza / Aubrey Suwito/ Ad Samad)

Lagu Terbaik Indonesia – Setelah Kau Tiada (Cakra Khan/ Aldi Nada Permana)

Lagu Terbaik APM – Setelah Kau Tiada (Cakra Khan)

Anugerah Khas Planet APM – kumpulan Wings

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.