Polis Hong Kong Serbu Kawasan Tunjuk Perasaan

Hong Kong – Beratus-ratus polis anti rusuhan Hong Kong melakukan serbuan di kawasan bantahan prodemokrasi dan mengalihkan sekatan dan meleraikan penunjuk perasaan pada awal pagi ini.

Operasi di kawasan Mong Kok itu tidak jauh dari pusat pentadbiran Hong Kong, dilakukan ketika kebanyakan penunjuk perasaan terbabit sedang tidur.

Tindakan itu mengurangkan kawasan tunjuk perasaan yang melumpuhkan sebahagian daripada hab kewangan Asia itu sejak tiga minggu lalu.

Operasi itu berjalan lancar tanpa banyak tentangan, tidak seperti sebelum ini di mana terdapat penunjuk perasaan yang bertindak ganas bagi membantah tindakan polis.

Tunjuk perasaan itu yang sebahagian besarnya disertai pelajar menggesa agar bekas jajahan British itu diberikan hak demokrasi sepenuhnya menjelang pilihan raya 2017 depan, sambil mendesak peletakan jawatan Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.