Polis Dedah Punca Kematian Joan Rivers Selepas Sebulan Kematiannya

Hollywood – Selepas sebulan pengkritik fesyen Joan Rivers meninggal dunia, akhirnya polis mendedahkan punca kematian individu itu adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam otak akibat menjalani pembedahan peti suara.

Polis memberitahu, terjadi komplikasi terapi iaitu ketika menerima rawatan dan terapi perubatan selepas selesai pembedahan tersebut.

“Kematiannya disebabkan oleh komplikasi terapiotik iaitu ketika membuat rawatan perubatan selepas pembedahan,” ujar polis seperti dipetik Aceshowbiz.

Selepas menjalani pembedahan di Hospital Mount Sinai pada Ogos lalu, Joan dilaporkan mengalami gangguan pernafasan.

Perkara tersebut juga mengakibatkan beliau tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada 4 September lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.