Perodua Axia Terima 39,000 Tempahan Sejak Dilancar

Besut – Model terbaharu Perodua, Perodua Axia menerima 39,000 tempahan sejak pelancaran pada 15 September lalu sehingga semalam.
Ketua Pegawai Operasi Perodua Zahari Husin berkata, pencapaian itu merupakan rekod baharu bagi model Perodua.

“Perodua Myvi dahulu hanya mencatatkan 17,000 hingga 18,000 tempahan semasa dilancarkan,” katanya selepas menyerahkan van jenazah sumbangan Perodua kepada Masjid Hadhari Jerteh, di sini hari ini.

Beliau juga menjangka tempahan Perodua Axia akan terus meningkat dalam masa terdekat.

Sambutan memberangsangkan ini bukan sahaja kerana reka bentuknya yang menarik tetapi juga keupayaan yang ditawar oleh model Perodua Axia antaranya penjimatan petrol, katanya.

Mengenai sumbangan van jenazah itu, Zahari berkata ia sumbangan pertama Perodua untuk masjid di negara ini dan akan diperluaskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.