Mayat Lelaki Berulat, Dimakan Biawak Ditemui Dekat Manjung

Manjung – Mayat seorang lelaki yang tiada identiti ditemui dalam keadaan berulat dan dimakan biawak di kawasan belukar berhampiran Taman Pantai Damai, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah, berkata siasatan awal polis percaya lelaki berkenaan dibunuh kerana terdapat kesan lebam, luka dan tulang mangsa yang patah.

Beliau berkata, mayat berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 2.20 petang.

“Daging beberapa bahagian badan mangsa turut dipercayai dimakan binatang dan mayat berkenaan dipercayai sudah empat hari berada di kawasan terbabit sebelum ditemui.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh serta disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.