Lisa Tewas Dengan Pujukan Yusry

Petaling Jaya – Lisa Surihani mengakui dirinya seorang yang tidak gemar dengan filem bergenre seram justeru tidak pernah terlintas difikirannya untuk belakon dalam mana-mana filem sebegitu.

Namun akhirnya tewas dengan pujukan suami tercinta, Yusry Abdul Halim yang mahukan dirinya menghidupkan watak Lena dalam filem seram dan psiko thriller terbaru, ‘Dendam Orang Mati’.

Menurut Lisa, saat ditawarkan menerajui filem tersebut dia padanya mula terus menolak. Tetapi sewaktu menjalani pengambaran ‘Ular’, di Ulu Langat, Yusry cuba menawarkan kembali watak Lena kepadanya. Akhir dia menyahut cabaran tersebut.

“Sejujurnya saya tak gear filem seram dan tak nak buat. Tapi sewaktu saya ke lokasi filem ‘Ular’, Yusry berkata pada saya kenapa tidak saya cuba cabar diri dan keluar dari zon selesa saya.

“Selepas itu saya pun memikirkan semula tentang tawaran itu. Kemudian saya beritahu Yusry yang saya kana terima tawaran itu tapi dengan satu syarat, pihak produksi perlu beri saya sesi bengkel lakonan. Allhamduillah, saya dapat ikuti bengkel lakonan bersama ibu Fauziah Nawi. Melalui kelas beliau, banyak membantu untuk saya menghidupkan watak Lena ni. Dan apabila di set, Jason yang bertanggungjawab mengawal perimeter pewatakkan Lena.

“Tanpa dorong kuat dari suami saya, tunjuk ajar ibu Fauziah, Jason dan seluruh tenagan produksi, saya tak mungkin dapat lakukannya. Kami semua berkerja keras untuk filem ini”, katanya ketika di temui pada sesi previu filem tersebut kelmarin.

Walaupun memegang watak wanita psiko bukan kegemarannya, namun Lisa akui dia gembira terlibat dengan ‘Dendam Orang Mati’. Sepanjang menjadi Lena dia sentiasa berpengang kepada nasihat ibu Fauziah dan juga sokongan moral daripada Yusry.

“Saya merupakan seorang yang sentiasa berfikiran positif. Jadi apabila saya perlu membawa watak sebegini, ia agak sukar. Tapi jujur saya gembira terlibat dengan produksi ini. Filem ini sangat berbeza dengan apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Apa yang saya suka dengan filem ini ialah pengakhirannya yang “open-ended” yang mana penonton sendiri bebas mentafsirkan mengikut tafsiran masing-masing.

“Apa yang sukar ketika memegang watak Lena apabila kita terlalu ingin menjayakan sesuatu watak, kadang-kadang saya merasakan diri saya sebahagian dari Lena. Namun menerusi bengkel yang saya jalani bersama Ibu Fauziah Nawi, beliau mengingatkan saya untuk sentiasa jadi professional dan meninggalkan watak Lena di set penggambaran setelah pulang kerumah,” kongsinya.

Tidak hanya dicabar membawakan karakter seorang yang psiko sekaligus memerlukan dia banyak bermain dengan emosi, malah sepanjang penggambaran, Lisa serta beberapa pelakon lain berdepan cabaran dari segi persekitaran di lokasi penggambaran. Akui Lisa dia sedikit tertekan ketika di akhir-akhir penggambaran.

“Bayangkan kami jalani penggambaran sehingga antara 18, 23 hingga 28 jam lamanya. Balik rumah mandi kemudian datang ke set semula. Persekitaran set juga satu cabran buat kami. Set yang kotor dan seram.

“Saya akui masa nak hujung-hujung penggambaran, persekitaran di set yang buat saya sedikit tertekan sebab diakhir-akhir penggambaran semuanya babak-babak yang penting dan cukup mencabar misal babak letupan dan kebakaran. Saya mengalami sedikit depresi mungkin sebab pembawakan emosi Lena. Tapi Yusry banyak memberi sokongan kepada saya untuk melawan perasaan itu”, katanya.

‘Dendam Orang Mati’ berkisar tentang seorang wanita bernama Lena, tersedar di hospital setelah dua tahun koma dan hilang ingatan akibat kemalangan. Keadaan bertambah mengelirukan apabila dia diperkenalkan kepada isteri baru suaminya, Shahrul, di flat lamanya di tingkat 4. Keadaan di tingkat itu yang suram dan sunyi dirasai walaupun telah mengalami pengubahsuaian dan dinamakan Tingkat 3A.

Selain Lisa, filem arahan Jason Chong ini turut dibintangi barisan pelakon sepertI Fizz Fairuz, Miera Liyana,Mustafa Kamal, Hamidah Wahab dan ramai lagi. ‘Dendam Orang Mati’ bakal berada di pawagam bermula 23 Oktober depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.