Lelaki Maut Dipanah Petir

Kuala Lumpur – Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipanah petir ketika sedang berjoging di Taman Tasik Titiwangsa lewat petang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Palinappan Sinnayah, 52, mati di tempat kejadian iaitu berhampiran pintu masuk kelab Golf Taman Tasik Titiwangsa selepas terkena panahan petir.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Setapak, sering berjoging di kawasan itu dan pada hari kejadian, mangsa tetap meneruskan aktivitinya walaupun hujan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku apabila petir menyambar sebuah pokok kelapa sebelum terkena mangsa yang sedang berjoging di kawasan itu.

“Apabila polis sampai di tempat kejadian, pokok kelapa berhampiran mangsa masih terbakar kesan daripada petir dan mangsa sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk di bedah siasat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.