Kejadian Puting Beliung Di Kedah Mungkin Berulang

Kuala Lumpur – Keadaan atmosfera yang tidak stabil semasa musim peralihan monsun kini memungkinkan kejadian puting beliung yang melanda Kedah pada Selasa lalu berulang kembali.

Malah, cuaca buruk seperti hujan ribut dan petir juga dijangka akan berlanjutan hingga pertengahan November ini.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, menegaskan pembentukan awan cumulonimbus yang aktif menjadi punca kejadian puting beliung tersebut.

“Awan cumulonimbus itu boleh menyebabkan tekanan makin kuat yang menyebabkan puting beliung… dan adanya kemungkinan untuk berlakunya puting beliung sekali lagi,” kata Hisham.

Tambah Hisham, kejadian puting beliung yang berlaku tempoh hari adalah besar dengan skala 1 pada kelajuan angin 120 ke 180 kilometer sejam.

“Ini adalah angin puting beliung yang berskala besar yang pernah kita alami di negara.

“Kalau sebelum ini ia hanya kecil mungkin dalam 10 meter kelebarannya.

“Dalam kes (di Kedah) ini kita dapati saiznya adalah (antara) 20 ke 50 meter kelebaran berdasarkan pada kesan yang dibawa dan angin berdasarkan kerosakan yang berlaku adalah 150 km sejam,” jelas Hisham ketika dihubungi Astro AWANI.

Justeru, Hisham menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengurangkan aktiviti luar jika terdapat petir mahupun hujan berserta ribut. – Astro Awani

 

Baca : Video: Puting Beliung Di Pendang, Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.