Felda Menang Kes Saman Terhadap Wan Azizah & Suara Keadilan

Kuala Lumpur – Felda dan anak syarikatnya Felda Global Ventures memenangi kes saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua orang lagi bersabit sebuah artikel terbitan Suara Keadilan lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Kamaludin Md Said memutuskan Felda sebagai sebuah badan berkanun kerajaan mempunyai hak untuk menyaman pihak yang menfitnahnya di bawah Akta Pembangunan 1956.

“Justeru Felda mempunyai hak untuk menyaman pihak defendan untuk melindungi nama baiknya,” kata beliau dalam mengenepikan bantahan awal terhadap hak Felda untuk menyaman pimpinan PKR.

Beliau kemudian mengarahkan pendaftar kanan mahkamah untuk menaksirkan kos dan gantirugi yang harus dikenakan kepada Wan Azizah, mantan Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali, penerbit Pelita Koridor Sdn Bhd, Percetakan NPK Sdn Bhd, dan wartawan Rusnizam Mahat.

Peguambela mereka Francis Pereira berkata pihak defendan mengaku bersalah menerbitkan dua artikel dalam Suara Keadilan yang disifatkan menjejaskan nama baik Felda dan Felda Global Ventures Sdn Bhd.

Felda memfailkan saman itu pada 2010 bersabit artikel yang menuduh Felda bertindak secara tidak beramanah dalam membeli sebuah bangunan.

Artikel itu disiarkan dalam edisi 22-29 Jun Suara Keadilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.