Dipenjara 6 Hari Kerana Cuba Bunuh Diri

Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang cuba membunuh diri kerana tertekan akibat putus cinta, dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM1,000 atau penjara dua bulan, jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret, pada Jumaat.

Loh Chin Long, 22 tahun, seorang pekerja restoran, mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba membunuh diri dengan berbaring atas landasan Stesen LRT Cheras, serta pertuduhan menceroboh kawasan LRT itu tanpa kebenaran, pada 14 Oktober lalu.

Bagi kesalahan menceroboh, dia dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM500 atau penjara sebulan, jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, Loh hanya perlu menjalani hukuman penjara enam hari, selepas Majistret, Saifulakmal Said memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh dia ditahan pada Selasa lalu.

Mengikut fakta kes, Loh berbaring di atas landasan LRT itu, namun berjaya diselamatkan seorang pengawal dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.