CAP Gesa Kerajaan Tegas Kawal Lambakan Produk Tidak Berkualiti

Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan bertindak tegas mengawal lambakan produk tidak berkualiti atau tidak mengikut garis panduan pihak berkuasa di negara ini.

Pegawai Pendidikannya, N V Subbarow, berkata walaupun barang keperluan seperti peralatan elektrik atau pakaian yang dibawa masuk dari luar negara itu berkualiti rendah, ramai pengguna sanggup membelinya tanpa mengendahkan risiko keselamatan terutama membabitkan barangan elektrik.

“Kebelakangan ini, kami menerima banyak aduan mengenai lambakan produk berkualiti rendah terutama peralatan elektrik dari China, Korea dan Vietnam. Kami bimbang jika tidak ditangani dengan serius, ia akan mengundang ancaman keselamatan terutama apabila menggunakan produk elektrik sedemikian,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.