Afiq Muiz Serik, Tidak Mahu Lagi Jadi Anak Derhaka

Petaling Jaya – Aktor muda Afiq Muiz mengesahkan dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana gadis buat masa ini dan Afiq tidak mahu terlalu memikirkan soal cinta.

“Tak bercinta dengan sesiapa pun… Tak mahu lah fikir pasal cinta, cinta sekarang. Saya tak mahu cinta monyet. Kalau saya nak bercinta, saya bercinta betul-betul dan lepas tu terus kahwin.” ujar Afiq.

Pelakon muda yang semakin meningkat naik ini pernah dilabelkan sebagai “anak derhaka” ketika menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Eina Azman (sudah berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden).

Namun, setelah putus cinta dengan Eina, hubungan Afiq dan ibunya kini kembali pulih sejak awal tahun lalu setelah dikatakan bermusuhan dengan keluarga yang tidak merestui hubungan mereka satu ketika dahulu.

“Sekarang ni saya nak fokus pada kerjaya saya, lakonan dan saya baru nak mulakan bisnes menjual pakaian secara kecil-kecilan. Sambil tu saya masih lagi sedang mencari diri saya selepas kontroversi yang berlaku. Apa yang dah jadi tu beri taulada pada diri saya. Saya juga sekarang dah boleh kembali berdepan dengan media dan orang ramai”, katanya kepada ketika ditemui baru baru ini.

Selain itu, Afiq juga menyibukkan diri dalam dunia perniagaan yang baru diceburi beberapa bulan lalu dan mahu memberikan tumpuan yang mendalam dalam bidang itu buat masa sekarang selain berlakon.

Minatnya dalam bidang itu timbul sebagai mengisi masa terluang jika dia tidak sibuk dengan penggambaran. Namun, untuk jangka masa panjang, Afiq merancang mahu mengembangkan lagi perniagaannya dan mengeluarkan jenama fesyen sendiri yang diberi nama AFM Design.

“Buat masa ni saya jalankan perniagaan kecil-kecilan dan dapatkan pakaian-pakaia seara borong dari pihak lain. Kalau ada masa terluang, saya sertai bazaar atau karnival jualan. Peminat boleh lah mengunjugi booth saya di Selebriti Bazaar di Underground, Dataran Merdeka. Bazaar tu berlangsung selama tiga bulan bermula 15 Oktober 2014. Sementara saya berehat sekejap daripada jalani penggambaran ni, saya akan berada di booth saya nanti.

“Untuk perancangan masa depan, memang saya merancang nak keluarkan jenama saya sendiri. InsyaAllah”,katanya.

Dalam perkembangan Afiq kini sedang menjalni penggabaran drama 140 episod berjudul ‘Love To Remember’. Drama terbitan Global Station ini adalah drama adaptasi daripada telenovela dari Mexico. Teraju utama drama tersebut ialah Anzalna Nassir dan Hisham Hamid dan bakal disiarkan di saluran Astro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.