Video: Polis Siasat Kes Dua Lelaki Bertumbuk Di Plaza Tol Bukit Kiara

KUALA LUMPUR – Polis menerima laporan berkaitan kes pergaduhan melibatkan dua individu di Plaza Tol Bukit Kiara semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku melibatkan pemandu van jenis Hiace dan juga pemandu kereta jenis Mazda CX5.

Menurutnya, ketika kejadian pemandu van memandu dari arah Wangsa Maju menuju ke One Utama, sebelum kenderaannya dipotong oleh pemandu Mazda CX5.

“Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, pemandu kereta jenis Mazda CX5 dipercayai telah menekan brek di hadapan van tersebut.

“Kedua-duanya kemudian berhenti di Plaza Tol Bukit Kiara bertengkar dan bergaduh,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua individu terbabit kemudiannya membuat laporan polis pada semalam dan hari ini.

“Kedua-dua mereka mengalami kecederaan di kepala, tangan dan kaki. Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya.

Rakaman video insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki berkenaan tular di media sosial sejak pagi tadi dan menerima pelbagai reaksi serta komen daripada pelayar Facebook.

Dalam pada itu, Arifai menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa bertimbang rasa bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Ahmad Osman di talian 011-3650 8678 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields 03-2297 9222. – Sinar

Lain-lain berita;

Kerajaan Hanya Tunggu Masa Iktiraf UEC, Tapi UMNO dan PAS Kacau – DAP

Saksi Buat Pusingan U, Sekarang Kata TIA Bukan ‘Baby’ Najib

Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Berharap Hubungan Putus Sebelum PRU15

27 Pemimpin PKR Gesa Anwar Henti Kenyataan Pecah Belahkan Parti

Lim Kit Siang Ultra Kiasu, Jangan Terlebih Kurang Ajar – Prof Dr Ridhuan Tee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.