Netizen Kritik Logo Bulan Sukan Negara Didakwa Menyerupai Hidung Seekor Haiwan

REKA bentuk logo Bulan Sukan Negara mengundang persoalan ramai pihak kerana ia menyerupai bentuk hidung seekor haiwan.

Perkara itu dibangkitkan penganalisis politik, Isham Jalil menerusi laman Facebooknya hari ini yang mempersoalkan tentang logo tersebut.

Beliau berkata, logo itu kelihatan seperti hidung seekor binatang sama ada dari setiap sudut pandangan.

“Saya tidak tahu siapa yang reka logo Bulan Sukan Negara ini. Dan saya bukanlah seorang pereka grafik.

‘Tetapi dari pandangan sekali imbas dari orang biasa macam saya, logo ini nampak macam hidung satu binatang, dari pandangan menegak, menyerong, melintang atau terbalik.

“Takkan tidak ada reka bentuk yang lebih baik dari ini?

“Menteri Belia dan Sukan takkan tak perasan atau sengaja buat begini?” katanya merujuk kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ramai netizen turut berkongsi pendapat yang sama terhadap logo itu yang menyamai bentuk hidung khinzir.

Malah ada netizen mengecam Kementerian Belia dan Sukan tentang pemilihan logo yang lebih baik.

‘Memalukan..begitu bnyk designer di Malaysia..ini je logo yg di pilih. Tiada melambangkan Sukan. Tiada melambangkan identity Malaysia.Tiada menunjukan semangat kesukanan,” kata seorang pengguna Facebook bernama Maree Maree. – Nthqibord

Lain-lain berita;

Kerajaan Hanya Tunggu Masa Iktiraf UEC, Tapi UMNO dan PAS Kacau – DAP

Saksi Buat Pusingan U, Sekarang Kata TIA Bukan ‘Baby’ Najib

Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Berharap Hubungan Putus Sebelum PRU15

27 Pemimpin PKR Gesa Anwar Henti Kenyataan Pecah Belahkan Parti

Lim Kit Siang Ultra Kiasu, Jangan Terlebih Kurang Ajar – Prof Dr Ridhuan Tee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.