Kerap Jual Aset Negara, Tapi Mengapa Hutang Makin Bertambah?

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diminta memberi penjelasan mengapa hutang negara semakin bertambah sehingga satu demi satu aset milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) terpaksa dilupuskan.

Sepatutnya Khazanah diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik untuk negara memainkan peranan sebagai pemangkin dalam memacu pelbagai industri strategik dan inisiatif negara, selain memupuk pembangunan industri tersebut dalam usaha memenuhi kepentingan ekonomi jangka panjang Malaysia.

Khazanah juga sewajarnya memacu pembentukan nilai pemegang saham, meningkatkan keuntungan kecekapan dan meningkatkan tadbir urus korporat dalam syarikat-syarikat yang dikawal oleh kerajaan.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, pada bulan November 2018, Khazanah bersetuju untuk menjual 16% pegangan saham IHH Healthcare Berhad kepada Mitsui & Co Ltd untuk RM8.42 billion (AS$2 billion) secara tunai.

Kerajaan Mahu Jual Aset Hartanah Di Luar Negara, Dr Mahathir Beri Alasan Bayar Hutang

Mujahid Guna Perkataan Tahi, Tak Tahan Diasak Isu Jual Aset Tabung Haji

Rakyat Bosan Kerajaan PH Asyik Cakap Pasal Hutang dan Menyalahkan Pihak Lain – Azmin

Tiap Kali Lim Guan Eng Buka Mulut Pelabur Lari dan Saham Jatuh – Shamsul

Sebelum ini, Khazanah merupakan pemegang saham terbesar IHH Healthcare Berhad melalui Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd dengan nilai pegangan saham sebanyak 40.8%. Pemegang saham kedua terbesar adalah Mitsui & Co Ltd dengan nilai pegangan saham sebanyak 18.3%.

Keadaan ini berubah selepas penjualan 16% pegangan saham di mana Mitsui & Co Ltd bakal menjadi pemegang saham terbesar sebanyak 34.3% manakala Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd menyusut kepada 24.8%.

Sekarang pada bulan September 2019, IHH yang kini pemegang saham terbesarnya adalah Mitsui & Co Ltd dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk membeli keseluruhan. Saham Pulau Memutik Ventures untuk mengambil alih kepentingan Prince Court Medical Center Sdn Bhd (PCMC) pada harga RM 1.02 billion.

“Pengambilalihan ini menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan menerusi Khazanah terus mencairkan aset-aset penting pelaburan negara.

“Namun, persoalannya, mengapakah hutang negara makin bertambah?,” soal beliau.

Tambahnya, Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk mencairkan pegangan saham syarikat penerbangan nasional, MAS kepada syarikat asing apabila ada laporan menyebut Japan Airlines bakal mengambil alih pegangan saham MAS.

“Persoalaanya kini, adakah Mitsui dan Japan Airlines merupakan percaturan Bon Samurai?,” soalnya. – MalaysiaGazette

Lain-lain berita;

Memalukan, Kerajaan PH Beri Maklumat Tidak Tepat Hutang Negara Kepada PM

Duit Habis Berjuta Tanggung Kos PM Ke Luar Negara, Mana Hasil Pelaburan? – Putra

Pinjaman Kedua Terbitan Bon Samurai Diteruskan, Jumlah Lebih Besar – PM

Hutang Negara Cecah RM800 Bilion Hari Ini, Impian RM1 Trilion Semakin Hampir

Hutang RM1 Trilion Bakal Jadi Kenyataan Jika Kerajaan PH Terus Meminjam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.