Anwar Jangka Ambil Alih Jawatan PM Daripada Dr Mahathir Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjangkakan beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad tahun depan.

Dalam satu wawancara dengan Bloomberg Television, Anwar berkata, lawannya yang menyasarkan jawatan nombor satu itu “tidak relevan”.

“Tiada tanda mana-mana parti akan memperkenal atau mempromosi atau melobi nama lain.

“Ia tidak menghalang individu lain yang bercita-cita,” katanya sambil menyifatkan mereka sebagai “tidak relevan”.

Baru-baru ini, Mahathir didesak menetapkan tarikh khusus untuk menyerahkan kuasanya kepada Anwar seperti yang dipersetujui pemimpin Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.

Mahathir yang dilantik semula sebagai perdana menteri susulan kemenangan PH dalam PRU14, berulang kali menegaskan beliau akan mengotakan janji untuk berundur selepas memerintah kira-kira 2 tahun.

Sementara itu, Anwar menggesa kerajaan menangani ketakutan orang Melayu dan tindakan afirmatif kerajaan diperluaskan kepada golongan miskin berbilang kaum. – FMT

Lain-lain berita;

Tiada Jawatan Untuk Anwar, Pandai-Pandailah Tafsir Kenyataan Dr Mahathir – Zuraida

Saya ‘Simpati’ Pada Anwar, Bakal PM8 Tak Dijemput Mesyuarat PH – Khairuddin

27 Pemimpin PKR Gesa Anwar Henti Kenyataan Pecah Belahkan Parti

Suruh Anwar Muhasabah, Tengok Muka Sendiri Dalam Cermin – Azmin Ali

Kerajaan Hanya Tunggu Masa Iktiraf UEC, Tapi UMNO dan PAS Kacau – DAP

Saksi Buat Pusingan U, Sekarang Kata TIA Bukan ‘Baby’ Najib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.