Ahli Parlimen PKR Kecewa Kerajaan Kini Seperti Jadi Jurujual Pemaju Perumahan

PETALING JAYA – Seorang wakil rakyat PKR kecewa melihat kerajaan seperti menjadi jurujual kepada pemaju swasta ekoran cadangan penganjuran Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata Zuraida mencadangkan kempen untuk menarik pembeli asing bagi menyelesaikan lambakan rumah mewah tidak terjual ketika masalah perumahan rakyat belum selesai.

“Menteri perumahan dan kerajaan tempatan akan dipuji oleh pembeli-pembeli rumah yang merupakan warganegara sekiranya turun padang menyelesaikan banyak projek perumahan mampu milik swasta yang terbengkalai.

“Banyak projek sedemikian di kawasan saya,” katanya kepada FMT.

Zuraida berkata cadangan penganjuran (HOC) sebahagian daripada usaha untuk memulihkan ekonomi negara.

Menurutnya, dengan penjualan rumah mewah tidak terjual itu, kerajaan dapat mencairkan keadaan ekonomi negara, sekali gus membuka lebih peluang kepada pemaju untuk merancakkan lagi projek pembangunan perumahan mampu milik.

Hassan berkata kerajaan akan dihormati serta disayangi rakyat jika dapat selesaikan masalah perumahan rakyat.

Beliau menambah Zuraida akan dikenang sebagai berjasa sekiranya banyak rumah mampu milik mampu dimiliki rakyat.

“Harga rumah tersebut hendaklah rendah. Kerajaan yang akan membinanya, bukan swasta. Tujuan utama ialah menyediakan rumah untuk rakyat bukannya mengaut keuntungan.

“Kementerian Kewangan, Kementerian Perumahan dan Bank Negara Malaysia mestilah tolong rakyat berpendapatan rendah untuk mudah mendapatkan pinjaman perumahan daripada bank,” katanya. – FMT

Lain-lain berita;

Pemimpin PH Alami Gangguan Keresahan Gara-Gara Penyatuan Ummah – Tok Mat

PH Pertikai Kerjasama, Dakwa UMNO dan PAS Akan Cetus Perkauman Melampau

Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Harap Hubungan Putus Sebelum PRU15

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.