Tommy Thomas nafi letak jawatan

KUALA LUMPUR – Tommy Thomas nafi meletakkan jawatan sebagai Peguam negara seperti laporan berita portal Free Malaysia Today (FMT).

Malah Tommy dipetik sebagai berkata tidak merancang untuk bertindak demikian.

“Tidak betul berita ini, saya akan teruskan penggal saya. Ini hanya sekadar khabar angin yang tidak benar,” katanya ringkas.

Tommy dalam masa yang sama terkejut dengan ‘gosip’ liar yang melingkari dirinya.

Selang beberapa minit kemudian bertindak menarik balik berita tersebut dan menggantikan pula dengan permohonan maaf tanpa syarat berhubung penyiaran berita itu.

Portal itu turut mengakui penghasilan berita itu melalui sumber-sumber mereka namun ia tidak benar dan telah ditarik balik serta merta.

Tommy juga menghadapi kritikan daripada pelbagai pihak sejak menjawat jawatan berkenaan sejak tiga bulan lepas termasuk dalam kalangan pemimpin dan aktivis pro Pakatan Harapan (PH).

Wujud desakan untuk Tommy melepas  jawatan kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasanya bagi menggugurkan pertuduhan ke atas bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon baru-baru ini.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.