Tok Pa Keluar UMNO Kerana Diugut

KUALA LUMPUR – Penganalisis Politik, Ab Jalil Backer memberi pandangan tindakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO walaupun sudah 40 tahun berkecimpung dalam dunia politik parti itu adalah kerana diugut.

Mustapa atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Pa dikatakan telah diugut oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam tempoh dua tahun ini.

Ab Jalil menerusi laman Facebooknya berkata, semua pihak tidak boleh berasa marah dengan tindakan Tok Pa memandangkan beliau mungkin menerima ugutan kerana Tun M sedang berusaha menarik wakil rakyat UMNO ke dalam parti Bersatu.

“Hendak marah sangat pun susah juga kita belum kena ‘ugut’ dengan rejim M lagi. Mahathir akan buat apa sahaja supaya wakil rakyat UMNO masuk Bersatu sebelum tempoh dua tahun,” tulisnya.

Katanya, jika benar dakwaan ugutan yang diterima oleh Tok Pa ini adalah agenda Tun M, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan terkandas di pusingan akhir dan dibuang dari menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun M.

Sekiranya dakwaan cubaan menarik wakil UMNO masuk ke dalam Bersatu tidak benar, Ab Jalil berkata, Tun M perlu mengisytiharkan Bersatu tidak akan sekali-kali menerima wakil rakyat UMNO masuk ke dalam Bersatu untuk tempoh lima tahun ini.

Namun, tindakan menafikan dakwaan tersebut pastinya tidak akan dibuat oleh Tun M kerana ia adalah hasrat pemimpin tersebut.

”Jika dakwaan ada usaha menarik wakil rakyat UMNO masuk Bersatu tidak benar, Mahathir kena isytiharkan Bersatu tidak akan terima mana-mana wakil rakyat UMNO ke dalam Pribumi pada penggal ini.

“Percayalah Mahathir tidak akan berani kerana itu hasrat beliau pun,” tulis Ab Jalil.

Ab Jalil berkata lagi, Tun M akan mengharamkan UMNO sebagai langkah terakhir sekiranya usaha beliau menarik wakil-wakil UMNO ke dalam parti Bersatu sudah gagal.

Justeru itu, keluar dari UMNO yang dibuat oleh Tok Pa adalah untuk mengelakkan UMNO diharamkan atau telah pun diugut.

”Langkah terakhir Mahathir jika gagal juga usaha belakang tabir membawa masuk wakil rakyat UMNO ialah beliau akan mengharamkankan UMNO.

”Maka tidak mustahil pengumuman Tok Pa inj sekadar ‘memberi masa’ mengelakkan UMNO diharamkan atau Tok Pa sudah kena ‘ugut’,” tulisnya lagi.

Negara pada hari ini dikejutkan dengan pengumuman keluar parti oleh Tok Pa setelah sekian lama berjuang di dalam parti UMNO.

Desas-desus mengatakan tindakan Tok Pa itu sebagai langkah untuk menyelamatkan UMNO dari cengkaman ugutan yang diterima oleh pihak tertentu.

One thought on “Tok Pa Keluar UMNO Kerana Diugut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.