PPBM sedia terima Tok Pa, tinggalkan UMNO tindakan tepat

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terbuka untuk menerima dan mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Mustapa Mohamed jika mahu menyertai parti itu. 

Walaubagaimanapun kata Ketua Penerangan parti itu, Datuk Kamaruddin Mohd Nor, bekas pemimpin UMNO itu sehingga kini tidak menyuarakan sama ada mahu bersama-sama PPBM. 

“Tak ada lagi setakat ini, kalau dia nak sertai parti kita ini mengalu-alukan semua orang melayu bumiputera yang mahu menyertai PPBM tapi eloknya dia dah keluar UMNO dululah (kalau nak masuk PPBM)..

“saya  memang mengalu-alukan jika dia mahu menyertai PPBM,” katanya kepada SuaraTv. 

Menerusi kenyataan medianya sebentar tadi, Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa yang sebelum ini menyandang jawatan Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan berkata keputusan meninggalkan parti itu dibuat selepas selepas memerhatikan  landskap politik Malaysia dan juga hala tuju Umno dan Barisan Nasional (BN) pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Parlimen Jeli itu menambah, hala tuju Umno kini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini, selain tiada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

Kamaruddin kemudian menyifatkan tindakan yang dibuat Tok Pa untuk meninggalkan UMNO sebagai tepat walaupun agak terlambat. 

“Sedikit terlewat tetapi lebih baik daripada tidak langsung?” Katanya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.