Najib Terkejut, Kerajaan Batalkan Peruntukan Masjid Yang Telah Diluluskan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang membatalkan permohonan peruntukan beberapa buah masjid yang telah diluluskan.

Najib ketika ditemui SuaraTV petang tadi berkata, tindakan membatalkan permohonan yang telah diluluskan ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional itu sangat tidak masuk akal dan melampau.

“Semasa pentadbiran saya dahulu, selaku Menteri Kewangan saya tidak pernah menolak sebarang permohonan peruntukan berkaitan masjid, paling kurang saya tangguhkan dahulu namun tetap akan memberikan kelulusan kerana ia merupakan institusi penting untuk umat Islam di negara ini.

“Namun saya amat terkejut apabila kerajaan Pakatan Harapan ketika ini sanggup mengambil keputusan untuk membatalkan permohonan peruntukkan masjid yang telah diluluskan,” katanya.

Najib ketika menyampaikan ucapan di hadapan kita 40 orang ahli jawatankuasa Umno Bahagian Sungai Petani berkata sejak kebelakangan ini beliau sering menerima pelbagai aduan dan rungutan berhubung tindakan kerajaan ketika ini yang dilihat seolah meminggirkan Islam dan Melayu.

“Saban hari ramai yang mengadu dan mengeluh kepada saya dengan keputusan kerajaan sekarang ini yang dilihat semakin merugikan Islam dan orang Melayu.
.
“Malah tidak kurang juga yang meminta maaf serta menyesal kerana memberikan undi kepada Pakatan Harapan kerana terpedaya dengan janji-janji manis di dalam manifesto mereka,” katanya lagi.

Terdahulu Umno Bahagian Sungai Petani yang diketuai Ketua Bahagiannya Datuk Shahanim Mohammad Yusoff telah mengadakan pertemuan kunjung kasih di kediaman Najib di sini. – SuaraTV

One thought on “Najib Terkejut, Kerajaan Batalkan Peruntukan Masjid Yang Telah Diluluskan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.