KJ mahu ganti Zahid 3 tahun lagi

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan pendiriannya tidak akan meninggalkan parti seperti yang didakwa oleh seorang pengguna akaun Twitter.

Berseloroh menjawab dakwaan itu sebaliknya KJ berkata berhasrat untuk menggantikan tempat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bertanding sekali lagi untuk jawatan Presiden dalam tempoh tiga tahun lagi.

“Pak Cik salah faham. Saya tak mahu dipecat. Saya nak bertanding jawatan Presiden tahun 2021. Presiden UMNO,” katanya.

Pengguna akaun Twitter yang menggunakan nama Haji Mn@sir kemudian membalas jawapan Khairy: “Jangan risau anak da KJ kamu tidak akan dipecat in Shaa Allah. Goodluck for Presiden 2021 or early.

Peda Pemilihan UMNO Jun yang lalu, KJ tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO sebaliknya bertanding untuk jawatan Presiden menentang Zahid dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Namun Zahid akhirnya berjaya dalam pertandingan tiga penjuru itu.– SuaraTv

One thought on “KJ mahu ganti Zahid 3 tahun lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.