KDNKK Malaysia masih lemah

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNKK) pada kadar 5 peratus disifatkan Ketua Pelaksana Ekonomi, Kumpulan Bank Dunia, Dr Ndiame Diop sebagai lemah.

Justeru ujarnya hasrat untuk Malaysia menjado negara berpendapatan tinggi hanya mampu dicapai dalam tempoh tujuh tahun lagi.

 

“Malaysia kini dalam fasa peralihan ke negara berpendapatan tinggi tapi ia sedang ‘merangkak’ atau ‘berjoging’ dan bukan ‘berlari’.

“Terdapat tahap pendapatan yang menjadi penentu kepada sebuah negara berpendapatan tinggi bergantung kepada kadar pertumbuhan setiap tahun. Masa yang akan menentukan bilakah ia akan dapat dicapai.

“Dalam perkiraan kami, Malaysia akan mencapai tahap itu mungkin dalam empat, lima, enam atau tujuh tahun lagi, bergantung kepada pertumbuhan tersebut.

“Kami amat berharap supaya ada ramalan dibuat berkenaan pertumbuhan KDNK untuk tahun depan. Tapi ia sangat sukar terutama dalam suasana ekonomi global pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada Siri Dialog Ekonomi Rakyat anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan ThinkCity .

Namun ujarnya kesa pertumbuhan ekonomi kepada rakyat lebih penting.

“Fokus hanya kepada pertumbuhan KDNK adalah salah kerana apa yang penting bukan untuk Malaysia mencapai tahap itu kerana ia hanya nombor. Apa yang penting ialah untuk rakyat mendapatkan peluang pekerjaan.

“Yang penting ialah kualiti serta pengagihan pertumbuhan kepada rakyat. Pada satu masa, Malaysia masih berada di tahap yang baik dengan pertumbuhan yang lemah berbanding Singapura.

“Kepuasan rakyat adalah lebih tinggi disebabkan kualiti pertumbuhan itu dan bukan kadar kerana ia hanya nombor,” ujarnya lagi.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.