Game of Thrones dan Marvelous Mrs. Maisel Menang Besar Di Anugerah Emmy

LOS ANGELES – Drama bersiri fantasi Game of Thrones dan Marvelous Mrs. Maisel, menang besar dengan menggondol hadiah utama di anugerah Emmy yang berlangsung hari ini.

Sebaliknya drama wanita ‘The Handmaid’s Tale” dan drama komedi hip-hop di saluran FX, ‘Atlanta’ gagal meraih sebarang anugerah berprestij sekali gus menjadi malam yang mengecewakan buat pelakon Elisabeth Moss dan Donald Glover.

Drama fantasi HBO, ‘Game of Thrones’ memenangi sembilan anugerah Emmy, termasuk anugerah teknikal bagi kesan khas dan lagak ngeri selain dinamakan sebagai drama terbaik buat kali ketiga.

Drama itu turut mengalahkan juara tahun lalu ‘The Handmaid’s Tale’.

Nexflix yang mendahului dengan 112 pencalonan utama di anugerah Emmy menyamai pencapaian HBO dengan masing-masing 23 anugerah.

Dalam pada itu, drama bersiri dalam saluran Amazon Prime Video, ‘The Marvelous Mrs. Maisel’, yang berkisar mengenai seorang suri rumah 1950-an yang bertukar menjadi pelawak, berjaya membawa pulang anugerah siri komedi terbaik Emmy.

Mrs. Maisel, turut memenangi tujuh anugerah lain termasuk pelakon wanita terbaik lakonan Rachel Brosnahan. – Reuters.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.