Bersih 2.0 Cadang Debat Terbuka Berkaitan PRK Port Dickson

KUALA LUMPUR – Bersih 2.0 mencadangkan debat terbuka diadakan berhubung pelbagai isu berbangkit berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, berkata ini sebagai tindak balas terhadap sentimen orang ramai berkenaan PRK itu mengenai sistem First-Past-The-Post (FPTP) dan pemilihan calon dalaman oleh parti politik.

Beliau berkata, PRK Port Dickson dilakukan selepas peletakan jawatan Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, bagi membuka jalan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi terbabit.

Katanya, ia sekali gus menunjukkan ketegaran sistem FPTP dalam membenarkan parti mengubah barisan kepemimpinan mereka.

“Sistem FPTP bermaksud seorang calon memenangi kerusi jika dia mendapat undi yang paling banyak. Oleh kerana mandat FPTP ini peribadi (dalam kes Anwar), sistem semasa memerlukan pemilihan pada bila-bila masa kekosongan termasuk penyandang diserang penyakit atau kemalangan.

“Namun kes Anwar adalah unik dan beliau tidak layak untuk bertanding kerana pernah dipenjarakan secara politik, tetapi beliau tetap dinamakan oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana Menteri yang akan datang dalam perjanjian prapilihan raya.

“Walau bagaimanapun, ketidakcekapan sistem FPTP menjadikan sukar bagi parti politik menyesuaikan kepemimpinan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Anwar pernah mencetuskan tiga PRK bagi membolehkan beliau memimpin sebuah kerajaan, sekali gus jelas menunjukkan beliau akan melakukan apa saja demi kepentingannya.

“Persoalan yang lebih besar ialah proses pemilihan pencalonan di setiap peringkat berlaku hampir pada setiap parti di negara ini,” katanya

Kenyataan itu juga menyebut, Pilihan Raya Umum (PRU) lalu menyaksikan ramai calon baharu ditonjolkan oleh Barisan Nasional dan PH.

Ketetapan itu adalah susunan minit terakhir atau terhadap kehendak cawangan tempatan parti.

“Amalan tidak demokratik sedemikian sering menyebabkan ketidakpuasan, pemulauan, atau sabotaj.

“Betul, calon FPTP perlu dipilih berdasarkan cawangan tempatan, bukan ibu pejabat parti, namun apabila pemilihan pencalonan adalah ‘top-down’ bolehkah dakwaan nepotisme atau kronisme dapat dielakkan?

“Justeru Bersih 2.0 menyeru supaya rakyat menjadi lebih kritikal terhadap PRK Port Dickson,” katanya. – BH

2 thoughts on “Bersih 2.0 Cadang Debat Terbuka Berkaitan PRK Port Dickson

  • October 18, 2018 at 8:02 am
    Permalink

    Masa ni segala jenis debat tak penting tak perlu?? Betulkan pulihkan ekonomi negara jalankan tugas dgn jujur amanah wibawa tanpa rasuah??? Bekas2 parti korup kes makin banyak ..banyak juga akan menyusul satu..satu.. baru kita tahu selama ni betapa rakus kejam zalim rasuah rompak duit???? Apa nak bangga woi? Semua rosak ..musnah..hancur.. seleweng ..rasuah ..korup??? Korang terlampau rosak punah??

    Reply
  • October 18, 2018 at 8:04 am
    Permalink

    Rosak hancur punah musnah..? Tu la yg korang buat dulu??
    Allah swt maha kaya maha adil..
    Salah rasuah tangkap dakwa hukum seberat2nya tanpa kasihan???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.