Wany, Tajul Ke Bollywood

INI yang dikatakan rezeki. Walaupun baru ada dua atau tiga lagu popular sahaja nampaknya rezeki Wany Hasrita dan Tajul tiada siapa boleh menduga. Siapa yang teruja apabila dilamar untuk merakamkan lagu di luar negara. Tambahan pula mereka berdua masih ‘hijau’, tentu sekali peluang yang ada tidak dilepaskan begitu sahaja.

Khabar yang diterima mengatakan ada produksi berminat untuk mendapatkan suara mereka bagi mengisi runut bunyi untuk sebuah filem di India. Walaupun belum ada hitam putih mengenai perkara berkenaan, tetapi pihak pengurusan sedang berbincang secara terperinci mengenai tawaran yang diberikan itu.

 

Bukan mudah untuk mendapat peluang macam ni tambahan pula melibatkan produksi besar seperti Bollywood. Mereka sendiri miliki ramai penyanyi hebat yang pastinya digemari di seluruh dunia. Tapi bila nama Wany dan Tajul menjadi pilihan, tentu ada keistimewaan tersendiri yang menarik perhatian mereka.

Jika perbincangan yang sedang dilakukan berjaya, kedua-dua mereka bakal terbang ke Bollywood untuk sesi rakaman. Ala, apa kata kita pakat doakan sahaja agar kedua-dua mereka berjaya ke sana. Kalau mereka berjaya diterima, tentu rakyat Malaysia tumpang bangga.

Tidaklah kita sahaja yang terima produk luar. Sesekali kena juga berbangga apabila orang luar terima produk kita.-Utusan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.