Wanita Ingin Kejutkan Teman Lelaki Akhirnya Terima Kejutan Kecurangan

Seorang wanita memasuki pangsapuri teman lelakinya untuk membuat kejutan akhirnya terima kejutan kecurangan.

Video yang dirakam wanita itu menjadi viral di Facebook Kenning Gugma Koh.

Di awal rakaman video itu, wanita tersebut kelihatan sangat teruja untuk memberi kejutan.

Sambil menunggu teman lelakinya pulang, dia sempat berada di depan kamera, memastikan dirinya agar kelihatan cantik untuk kekasihnya.

Selepas itu, wanita itu bergegas masuk ke dalam almari bilik untuk bersembunyi sebelum teman lelakinya pulang.

Beberapa ketika selepas masuk ke dalam almari, teman lelaki wanita itupun masuk ke dalam biliknya tanpa berasa curiga.

Apa yang mengejutkan lelaki itu dilihat masuk bersama seorang lelaki lain.

Wanita yang telah lama menunggu di dalam almari memutuskan untuk keluar dan terkejut mengetahui teman lelakinya dengan lelaki lain.

Kedua-dua lelaki itu juga terkejut mengetahui ada seorang wanita yang keluar dari almari.

Belum selesai kedua lelaki menerima kejutan, wanita itu segera membaling barang-barang di sekelilingnya.

Wanita itu turut melontarkan ke arah teman lelakinya dan melepaskan kemarahannya.

Sehingga akhirnya lelaki yang penat itu keletihan sebelum dia kemudiannya bergegas mengambil kamera rakaman tersebut.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.