Tindakan Wanita Bantu Pemandu Teksi Mengantuk Dapat Pujian Netizen

Ia bukanlah menjadi satu perkara yang dilarang ketika kita membantu seseorang yang memerlukan, walaupun kita sendiri sedang menggunakan khidmatnya. Ini yang dilakukan oleh pengguna Facebook, Cristina Tan, sambil menggunakan perkhidmatan teksi. Pengalaman itu dikongsi oleh Tan menerusi akaun Facebooknya, Jumaat lepas.

Dalam luahan perasaannya, Cristina menceritakan pengalaman pertama kali dirinya sebagai pemandu teksi. Tan menunjukan dua gambar yang dimasukan dalam media sosial .

Gambar pertama ketika bergambar dengan orang tua di sebelah kereta dan gambar kedua ketika dia sedang memandu teksi dan lelaki tua itu tidur di tempat duduk belakang. Kejadian itu bermula apabila Tan menggunakan perkhidmatan teksi untuk pulang ke rumah dan mendapati pemandu teksi itu seorang yang sudah tua.

Semasa sedang dalam perjalanan, pemandu itu memintanya untuk pergi ke teksi lain kerana dia terlalu mengantuk. Ini adalah alasan yang tidak boleh dibantah oleh sesiapa, kerana memandu ketika mengantuk pasti membahayakan pemandu dan penumpang.

Tan memberitahu pemandu, jika dia berpindah ke teksi lain tidak semestinya dia boleh mendapatkannya teksi tersebut. Tiba tiba Tan mempunyai Idea yang cemerlang. Dia sukarela untuk menggantikan pemandu untuk memandu teksi sementara pemandu teksi tersebut berehat di kerusi penumpang.

Pada mulanya, pemandu teksi itu berasa tidak selesa. Kerana, dia berpendapat Tan tidak tahu cara memandu kereta secara manual. Tetapi, pada akhirnya, pemandu itu yakin dan Tan memandu teksi tersebut ke rumahnya dengan selamat.

Pemandu teksi tersebut bernama Tatay dan berumur 70 tahun. Dia telah menjadi pemandu teksi sejak Presiden Marcos memerintah lagi. Tan akhirnya mengetahui bahawa Tatay juga mempunyai anak perempuan dan Sehingga kini, Tatay masih memandu teksi untuk memenuhi keperluan hidupnya dan penumpang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.