Taufan Maria Dijangka Landa Timur Carribean

MEXOCO CITY – Ribut Maria mengumpul kekuatan menjadi Taufan Kategori Satu semasa ia menghampiri bahagian timur Carribean.

Menurut AFP, dengan kekuatan angin 120-kilometer sejam, taufan itu diramal akan melalui laluan yang sama dilanda taufan Irma, awal bulan ini, lapor RTM.

Amaran ribut telah dikeluarkan di kebanyakan pulau di Carribean yang masih bergelut untuk pulih daripada kemusnahan yang dibawa Irma.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat, pada pukul 9 malam waktu tempatan, Maria dikesan berada pada kedudukan 225 kilometer ke timur laut Barbados dan bergerak pada kelajuan 24 kilometer sejam.

Ia dijangka melintasi Pulau Leeward pada Isnin malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.