Remaja Rohingya Dirogol, Mayat Dibalut Khemah Plastik

SITTWE – MYANMAR – Seorang remaja perempuan Rohingya didakwa jadi mangsa kekejaman seksual tentera Myanmar di tengah-tengah kekacauan ribuan etnik minoriti tersebut melarikan diri dari negeri Rakhine kini, terkandas di sempadan.

Menurut Arakan News, mangsa berusia 14 tahun itu, diculik tatmadaw selepas dipukul tanpa belas kasihan di hadapan keluarganya, petik Sinar.

Menurut saksi, ibu bapa remaja itu tidak dapat berbuat apa-apa ketika kejadian itu.

Selepas dua hari insiden, van tentera dilihat mencampak remaja tersebut di tepi jalan berhampiran kampungnya.

Ketika ditemui, mangsa yang dibalut khemah plastik sudah meninggal dunia dan dipercayai dirogol tentera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.