Raja Ilya Tak Sampai Hati

PELAKON Raja Ilya tampil menghulurkan bantuan kepada seorang ibu tunggal di Ipoh, Perak ketika sibuk menjalani penggambaran program berbentuk majalah terbitan Dark Wave Pictures Sdn Bhd.

Pelakon berusia 32 tahun itu menunjukkan sifat terpuji dengan membantu wanita bernama Jamila Mohd Kassim, 62, yang juga dikenali sebagai makcik Jamila selepas melihat kehidupannya yang serba kekurangan.

Ilya berkata, dia terpanggil untuk membantu warga emas itu ketika menemuinya berjalan seorang diri untuk pulang ke rumah.

“Saya tidak sampai hati lalu berhenti untuk tumpangkannya. Dalam perjalanan menghantar Makcik Jamila pulang ke rumah, dia memberitahu dia menjual acar di kaki jalan setiap hari di Bandaraya Ipoh dengan menaiki bas.

“Melihat pendapatan makcik Jamila yang terlalu rendah, saya berhajat membantunya,€ kata Ilya.

Menurut Ilya, selain mempromosikan acar makcik Jamila di laman sosial miliknya, dia juga berjaya mendapatkan pekerjaan untuk puteri bongsu wanita itu.

“Saya membawa anak bongsu makcik Jamila ke sebuah kedai serbenaka berhampiran dengan rumahnya bagi mendapatkan pekerjaan. Dengan cara ini dia dapat membantu ibunya yang tidak lagi kuat untuk berjalan selain mengalami masalah pendengaran.

“Saya juga menasihati anaknya supaya bekerja dan tidak lagi membiarkan ibunya berjalan seorang diri menjual acar,” katanya yang turut berhasrat mengembangkan perniagaan warga emas itu.

Usaha murni pelakon dikenali menerusi drama Syurgaku Tak Sempurna itu turut mendapat perhatian penerbit Dark Wave Pictures Sdn Bhd, Datuk Rafiena Ezanee apabila mengunjungi rumah ibu tunggal itu malam semalam.

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur Ilya dan Datuk Rafiena sempat singgah membeli barangan keperluan rumah dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban Makcik Jamila sekeluarga.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.