Penyanyi ‘Gelandangan’ Itu Memang Hazama Rupanya

BEBERAPA hari lepas kecoh di laman sosial tentang seorang gelandangan yang telah mencuri perhatian dengan suara lunaknya di kawasan Bukit Bintang.

Suaranya sangat familiar, macam pernah didengar tapi ramai yang masih tertanya-tertanya siapakah pemilik suara hebat ini disebalik penampilannya yang compang-camping.

Rupa-rupanya, lelaki itu adalah Hazama!

Penyanyi itu sebenarnya berpenampilan sebegitu kerana terlibat dalam satu projek bersama dengan Rocketful Network.

Malah, mereka yang terlibat di sebalik tabir projek tersebut telah memuat naik sebuah video di laman YouTube untuk mengesahkan lelaki tersebut sememangnya Hazama.

“Di sini, Rocketfuel ingin mengesahkan bahawa pengemis itu sebenarnya penyanyi terkenal.. Hazama,” tulisnya.

Menurut pihak Rocketfuel, projek tersebut dibuat untuk memberi kesedaran kepada netizen.

“Projek video viral ini dibuat untuk mengingatkan orang supaya jangan menilai orang lain dari paras rupa mereka sahaja,” tulisnya lagi.

Menerusi video berdurasi 4 minit 44 saat itu, jelas menunjukkan proses makeoverHazama dari muka asalnya menjadi seorang gelandangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.