Patung Langganan Seks Di China Jadi Kontroversi

China mencipta satu lagi “inovasi” yang menjadi kontroversi.

Seperti dilaporkan laman Mothership.sg, sebuah aplikasi bernama Touch atau sentuh memberikan perkhidmatan patung seks di Beijing, ibu kota China.

Patung-patung seks itu dilabelkan sebagai “pacar bersama”.

Patung seks itu turut didatangkan dengan pelbagai pilihan.

Ada yang berasal dari China, Hongkong, Korea hingga Rusia.

Tidak ketinggalan, patung seks silikon ini juga hadir dengan sejumlah karakter yang berbeda-beda sesuai dengan selera pelanggan.

Pelanggan dapat memilih jenis mana jenis gadis bekerjaya, bersekolah atau Wonder Woman.

Bahkan pelanggan dapat memilih gaya rambut, warna rambut, warna kulit hingga warna mata dari patung itu.

Pelanggan yang tertarik cukup membayar sebesar 298 yuan. Deposit sebanyak 8.000 yuan.

Deposit akan dikembalikan setelah penggunaan patung ini selesai.

Bagi pelanggan yang berada juga dapat membayar tambahan wang jika ingin memiliki patung seks yang mempunyai suara menggoda.

Perkara ini menjadi perdebatan hangat dan sasaran kritik netizen di China. Ada yang mempersoalkan etika perkhidmatan layanan tersebut.

Ada juga yang bimbang berhubung tahap kesihatan seksual kerana patung seks ini juga mungkin berpotensi menularkan penyakit seksual seperti HIV/AIDS.

Bagaimanapun pihak penawar perkhidmatan itu menerangkan bahagian vital patung seks itu akan sentiasa digantikan bagi memastikan kebersihannya.

Perusahaan itu menyasar pelanggan dari kalangan pekerja professional berusia 20-35 serta yang terlibat dengan hubungan jarak jauh.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.