Kejam, Lelaki Dirakam CCTV Rogol Gadis 14 Tahun Di Taman

Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun telah dirogol oleh seorang lelaki di sebuah taman di kawasan terpencil berhampiran Avery Hill Park, Greenwich, London Selatan, England.

Kejadian rogol yang berlaku sekitar jam 9 pagi hingga 1 petang pada 4 September lalu telah dirakamkan menerusi CCTV.

Rakaman itu kemudiannya menjadi petunjuk kepada polis untuk mengesan suspek.

“Suspek adalah seorang lelaki kulit hitam yang dipercayai berumur 20 tahun, langsing, dengan rambut hitam pendek dan bermisai.

“Dia memakai seluar kelabu, kasut hitam dan beg kelabu serta bercermin mata,”  kata polis.

Dalam pada itu, Mark Azariah dari Unit Penyalahgunaan Anak dan Seksual UK  menyifatkan serangan itu swbagai sesuatu yang dahsyat terhadap seorang gadis pada siang hari.

Ia juga mencetuskan tanda tanya mengapa suspek berani melakukannya ketika itu.

Kejadian ini menyebabkan masyarakat di situ berasa terkejut dan takut. Mereka menuntut polis untuk bergerak dengan cepat bagi menangkap pelaku tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.