Jururawat Cuai, Bayi 19 Hari Jatuh

Satu pusat penjagaan bersalin di China, Puruming Postpartum Care Centre dikecam kerana kecuaian seorang jururawatnya.

Video yang memaparkan kecuaian jururawatnya hingga menyebabkan seorang bayi berusia beberapa hari jatuh ke lantai, telah tersebar menerusi dan menjadi tular di media sosial.

Dalam kejadian itu, jururawat terbabit sedang menolak bayi yang berusia 19 hari itu di dalam kereta sorong dan kemudiannya menjadi tidak stabil sehingga mengakibatkan bayi berkenaan terjatuh dan kepalanya terkena lantai.

Jurucakap pusat berkenaan memberitahu media bahawa jururawat tersebut adalah seorang yang berpengalaman dan pernah menjadi timbalan pengarah di sebuah hospital selama 30 tahun, petik Newshub.

Meskipun pemeriksaan doktor mendapati bayi itu tidak mengalami kecederaan terutama di bahagian kepala namun keluarganya bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Saman berkenaan akan difailkan minggu depan. Mereka menyifatkan jururawat itu sebagai tidak bertanggungjawab dalam kejadian yang berlaku pada bulan Julai lalu.

“Jika visual dari CCTV itu tidak didedahkan, berapa lama mereka mahu menyembunyikannya dari orang ramai,’’ demikian marah keluarga bayi itu.

Namun jurucakap pusat itu mempertahankan jururawat tersebut.

“Lagipun manusia bukannya tuhan. Ada kalanya kemalangan berlaku,’’ kata jurucakap pusat terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.