Filem Seram “It” Masih Teratas Carta Box Office

LOS ANGELES – Filem seram “It” masih menarik penonton di panggung wayang di pasaran Amerika Utara

Menurut AFP, filem yang berdasarkan dari novel Stephen King dan membintangi Bill Skarsgard sebagai badut yang menyeramkan yang mengganas bandar Maine memperolehi kira-kira US$60 juta untuk hujung minggu tiga hari itu, menjadikan jumlahnya dalam pasaran Amerika Utara sebanyak US$218.7 juta dalam masa dua minggu, lapor RTM.

Di tangga kedua adalah filem, “American Assassin” dari CBS Films / Lionsgate, mencatat kutipan US$14.8 juta, dan ketiga adalah filem “mother!” dari Paramount, yang mencatatkan jualan tiket hanya US$7.5 juta walaupun terdapat kuasa bintang Jennifer Lawrence.

Di tempat keempat ialah filem “Home Again” dari Open Road Films, dengan mengambil kutipan US$5.3 juta. Bintang komedi romantis Reese Witherspoon sebagai wanita yang baru dipisahkan dan hidupnya berubah apabila dia membiarkan tiga lelaki muda cuba menarik perhatiannya.

Dan kelima adalah “The Bodyguard Hitman,” pada US$3.6 juta. Bintang komedi aksi, Ryan Reynolds sebagai pengawal peribadi yang disewa untuk melindungi seorang pelukis terkenal yang dilakonkan oleh Samuel L. Jackson.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.