Di Sebalik Kejayaan Kamal Adli

PELAKON popular, Kamal Adli mengakui tertekan menjalani penggambaran drama bersiri, Duda Pujaan Dara. Katanya, ekoran beberapa masalah dalaman dan teknikal proses penggambaran mengalami sedikit kesukaran.

“Jika tiada sebarang masalah, penggambaran sepatutnya tamat Khamis lepas. Sekarang, kami semua terkejar-kejar. Macam, kalau shoot hari ni, lusa dah tayang.

“Saya sendiri pun serabut kepala sebab terkejar-kejar. Ini pun saya rayu produksi lepaskan sekejap (bagi tayangan filem Kolestrol vs Cinta),” katanya kepada Media Hiburan.

 

Pun begitu, selebriti berusia 31 tahun ini mampu menarik nafas lega apabila drama adaptasi novel itu menerima sambutan memberangsangkan.

“Saya tak salahkan produksi, sebab job ni pun agak lambat propose. Jadi, kami semua pun bekerja secara selamba. Saya faham situasi mereka. Tapi, nasib baiklah dapat feedback positif daripada penonton.

“Malangnya, drama ini hanya 12 episod,” katanya sambil ketawa.

Selain Kamal, drama arahan Jamal Khan ini yang mula disiarkan di Astro Ria (104) pada 4 September turut dibintangi Zahirah MacWilson, Nazierah Amin dan Aprena Manrose.

Dalam pada itu, Kamal mengakui selesa dapat bekerja kembali dengan aktres popular, Tiz Zaqyah menerusi filem komedi romantik, Kolestrol VS Cinta di pawagam bermula 14 September lalu.

Katanya, filem arahan Eyra Rahman ini merupakan kerjasama ketiga bersama Tiz selepas drama bersiri Impian Sunsilk dan Gemilang.

“Saya happy dapat berlakon dengan dia. Lagi pula, masa tengah shooting filem ni, Tiz baru menang anugerah pelakon terbaik. Terus rasa bangga,” katanya.

Bintang filem Kembar Siang ini mengakui tiada masalah untuk menghayati watak lelaki romantik yang bernama Irfan kerana sudah biasa dengan watak itu.

“Lagipun, saya juga dah biasa bekerja dengan Eyra Dia pun tahu kemampuan saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamal akan menyambung semula siri travelog Curi-Curi Cuti selain kembali sibuk menjalani dua penggambaran drama berganding dengan Emma Maembong dan Syatila Melvin.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.