Video: Daim Beri Keterangan Pada RCI Forex Hari Ini

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin hari ini hadir bagi memberikan keterangan pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urus niaga mata wang asing forex.

Beliau tiba di Istana Kehakiman pada kira- kira pukul 9.45 pagi.

Selain Daim, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga dijangka memberikan keterangan hari ini.

RCI dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Sebelum ini, bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dipanggil sebagai saksi.

Anwar merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan ketika urus niaga merugikan itu berlaku.

Kerugian forex berlaku pada awal 90-an ketika Mahathir menjadi perdana menteri.

https://youtu.be/hZcNzL4OlXk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.