Cantik Dan Moden, Gaya Isteri Kim Jong Un, Jadi Style Trendsetter Di Korea Utara

Wanita ‘first lady’ ini kelihatan sangat cantik mengenakan pakaian tradisional Korea berwarna merah-hitam, dengan rambut dan makeup sederhana.

Isteri Kim Jong Un ini menjadi trendsetter di negaranya.

Tidak pernah dilihat di khalayak sejak Disember tahun lalu, isteri Kim Jong Un pemimpin Korea Utara, kini telah mengejutkan rakyat negara itu.

Selepas dikhabarkan telah menghilang, Ri Sol-ju kembali beraksi semasa pelancaran ujian bom hidrogen minggu lalu.

Menurut media tempatan, pasangan itu telah berkahwin pada tahun 2012 walaupun tarikh sebenar masih belum diketahui.

Pada penampilannya sebagai wanita Korea Utara Pertama, Ri melawat Korea Selatan dalam pertandingan olahraga pada tahun 2005.

Pada 2005 Ri dilihat melawat Korea Selatan dalam pertandingan olahraga yang diadakan di bandar Incheon.

Ri kelihatan memiliki paras Korea asli yang cantik dengan gaya rambut yang sederhana tanpa solek, dan sangat anggun ketika memakai pakaian seragam Korea Utara.

Gambar First Lady itu dirakam pada 2012 sejurus selepas pengumuman perkahwinannya yang kedua.
Ri kelihatan elegan dan bersahaja dengan potongan rambut pendek dan solek ringkas.

Mengenakan blazer merah hitam polkadot ia tampak serasi dengan Kim Jong Un.

Pada awal tahun 2016 Ri Sol-ju bersama Kim Jong Un menghadiri shopping centre yang baharu saja di buka di kota Pyongyang.

Ri tampil cantik dengan blazer berwarna biru.

Terlihat rapi rambutnya diikat setengah.

Terbaharu, Ri tampil semasa pesta ujian bom hidrogen baru-baru ini.

Tak lupa dengan clutch hitam bertatahkan emas telah melengkapkan penampilan anggunnya.-suaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.