8 Maut Ribut Badai Barat Romania

BUCHAREST – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam kejadian ribut yang membadai bandar Timisoara di barat Romania.

Menurut AFP, seramai 67 orang cedera, termasuk dua kanak-kanak yang berada dalam keadaan kritikal, lapor RTM.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, bencana itu tidak dijangkakan.

Tiada amaran dikeluarkan.

Ramalan cuaca hanya menyebut mengenai hujan.

Ketika kejadian, Kebanyakan mangsa berada di luar bangunan.

Sementara itu, Datuk Bandar Timisoara, Nicolae Robu memberitahu, ribut kuat menyebabkan bekalan elektrik dan air terputus.

Banyak rumah musnah, pokok tumbang, selain infrastruktur rosak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.