Video : Ikon Travelog Alternatif, Bakal Terbit Karya Terbaharu

 

Nama Riduan A. Dullah tidak asing lagi dalam kalangan pengkarya aliran alternatif. Beliau merupakan pengasas kepada Projek Rabak, pemilik Sharekat Penerbit-an Ah Boi ini telah menerbitkan tujuh buah buku termasuk RAWSAK, Arsonist Jalan Labrooy, Arsonist Jalan Labrooy (extended version), Tjinta Putih, Kerekau, O Selmah dan Goji Bundy.

 

 

Bermula dengan penulisan awalnya yang berjudul Rawsak, penulis yang berasal daripada Ipoh, Perak ini telah menghasilkan buku alternatif sehingga wujudnya travelog sulung hasil dari pengalaman hidupnya yang mengambil keputusan nekad membawa diri dan berkelana di bumi asing.

 
Biarpun semasa menulis Goji Bundy pemuda ini tidak pernah terfikir untuk membukukannya, namun, pengalaman kehidupan yang dikongsikan itu kini meledak di pasaran dan Goji Bundy telah diterbitkan sehingga cetakan keenam.

 

 

Goji Bundy sangat popular di kalangan muda-mudi dalam pemilihan karya alternatif, namun Riduan tidak pernah berhenti bahkan akan menerbitkan sebuah lagi karya travelog baharu.

 

 

Jika sebelum ini, Goji Bundy diterjemahkan daripada hubungan cintanya terputus di tengah jalan, bekas usahawan yang pernah melalui saat getir ini menjadikan karya lalu sebagai pemangkin buat pembaca supaya tidak melalui pengalaman yang sama sepertinya.

 

 

SuaraTV sempat menemubual ikon travelog ini dan beliau telah berkongsi karya terbaharunya yang bakal meledakkan pasaran buku alternatif.

 

 

Menurut Riduan atau lebih mesra disapa Duan ini mengakui dua bukunya masih ditangguh untuk diterbitkan.

 

 

Keluaran buku ini ditangguhkan berikutan kematian ibunya Mei lalu, namun ia tidak mematahkan semangat juang anak muda ini untuk terus berkarya dalam aliran tersebut.

 

 

“‘Ripheus Pictus’ adalah sejenis kupu-kupu yang warnanya banyak. Tapi dia berbeza sedikit. Kalau kupu-kupu lain terbang waktu sekian-sekian dia berbeza. pictus daripada picture iaitu gambaran yang berbeza dan berwarna warni. So gambaran akal yang berbeza-beza dan bercampur-campur.

 

 

“Jadi itu adalah gambaran kepada buku terbaharu. Secara umum benda yang sebaliknya diambil dalam banyak-banyak buku yang dihasilkan. Dan disini (buku baharu) benda yang terlintas dalam fikiran yang tak boleh di tulis dalam buku sebelum ini.

 

 

“Yang lain mungkin akan ada travelog yang baharu tapi tak dapat nak beritahu lagi kemana aku nak pergi dan berapa lama dan bila akan aku keluarkan buku tu. (masih dalam perancangan),”katanya.

 

 

Sebelum mengakhiri perbualan Riduan sempat menitip pesanan supaya individu yang mengalami perasaan kecewa supaya membaca buku Goji Bundy.

 

 

Katanya, buku itu dapat membantu individu yang putus cinta atau berputus asa untuk teruskan kehidupan sekali gus mengambil iktibar dan pengalaman yang dikongsi menerusi buku tersebut.

 

 

“Ia bukan panduan travelog biasa tetapi ia adalah tentang kehidupan. Bagaimana untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ia adalah sebagai pemangkin dalam menjalani kehidupan,”akhirinya.

 

 

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi di Facebook beliau di Riduan A-dullah, atau di blog RiduanAdullah, Instagram RiduanAdullah dan di twitter RiduanAdullah.

 

 

Dibawah ini adalah rentetan kisah hidup beliau :

 

-Putus tunang Mac tahun lepas dan pada April, membawa diri mengembara selama hampir 3 bulan di benua Australia (April-Jun 2014).

-Memulakan perjalanan tanpa perancangan rapi.

-Gadai cincin tunang bagi menampung perbelanjaan perjalanan.

-Keluarkan duit ASB secara keseluruhan, dan dengan jumlah yang tak seberapa itu, mulakan perjalanan tanpa duit yang cukup (tiba di Melbourne dengan AUD300 sahaja)

-Secara purata hidup dengan AUD5 seminggu.

-Menempuh perjalanan sejauh 11,426 km, 3 negeri, 7 bandar besar dan pekan kecil, 3 lapangan terbang, 8 stesen keretapi, 9 hentian bas, 10 ruang lena berbeza (rumah, airport, lantai keretapi, khemah dan kabin)

-Berkhemah dengan suhu di bawah 0˚C

-Ditipu tentang duit sebanyak 2 kali. Dikejar, lari dan bersembunyi.

-Berkelana dari bandar metropolitan (Melbourne, Sydney) hingga ke pekan kecil dengan jumlah penduduk tak lebih 3500 orang. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.