Twit Biadab : Hadi Selar, Mat Sabu Enggan Komen

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar wakil rakyat DAP, Jeff Ooi serta semua pihak yang bertindak mempersenda dan menghina kematian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din di media sosial.

 
Menurut Abdul Hadi, golongan tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan negatif berhubung kematian Allahyarham.

 
“Dia kena belajar lagi tentang Islam. Islam ini dalam perkara kebaikan kita terbuka. Kita sedia terima perkara dari seluruh dunia seperti dari negara China dan lain-lain.

 
“Nabi suruh belajar ilmu termasuk ilmu perubatan tidak kira di mana sahaja,” katanya memetik laporan Utusan.

 

 

Sementara itu, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau Mat Sabu pula mengelak untuk memberi komen berhubung kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Jelutong itu.

 
“Saya tidak baca (twit), saya kena semak betul atau tidak betul (twit) itu daripada beliau (Jeff), selalunya saya sendiri pun ter­kena (fitnah),” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.