Najib Lancar Kempen Mulakan Hari Anda Dengan Madu

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pagi ini melancarkan kempen ‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’ anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kelab Golf Palm Garden di sini.

 
Kempen itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai nutrien dan manfaat madu dalam membantu mengekalkan kesihatan dan kecergasan diri.

 

Perdana Menteri turut menyerahkan jersi kepada duta madu kelulut dan juga pejalan kaki solo, Sabri Ali yang akan memulakan perjalanannya sejauh 2,000 kilometer merentasi 14 negeri selama 50 hari pada 8 Oktober depan.- Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.