Letupan Di New York: Tiada Rakyat Malaysia Cedera

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden letupan di 135 West 23rd Street, Chelsea di New York pada Sabtu.

 

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata sehingga kini seramai 29 orang dilaporkan cedera dalam letupan yang berlaku pada 8.30 malam itu.

 

“Tiada warganegara Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden ini.

 

“Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” kata kenyataan itu.

 

Menurut kenyataan itu, Wisma Putra akan terus memantau perkembangan berhubung insiden itu dari semasa ke semasa.

 

Selain itu, warganegara Malaysia yang berada di sekitar New York yang memerlukan bantuan konsular boleh berhubung secara terus dengan Konsulat Jeneral Malaysia di New York.

 

Orang ramai boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di New York melalui e-mel di mwnewyorkcg@kln.gov.my atau menghubungi +1(212) 490 2722/23.

 

Mereka juga boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-8887 4570 (24 jam). – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.