Hentikan Cerita Masuk Hospital Kata Ahmad Bashah

ALOR SETAR – “Saya harap tak payahlah cerita yang bukan-bukan,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas tersebar khabar angin kononnya beliau dimasukkan semula ke hospital kerana masalah kesihatan.

 

Ahmad Bashah yang meminta masyarakat menghentikan penyebaran tersebut dan menegaskan tahap kesihatannya baik dan bakal memulakan tugas rasmi esok selepas bercuti sejak Aidiladha.

 

“Esok akan mula bekerja selepas bercuti, malah sebelum ini pun saya dok berjalan merata buat kerja. Hentikanlah benda yang tak berlaku, yang penting kita kena tengok ke depan untuk pembangunan Kedah,” katanya memetik laporan Berita Harian.

 

Terdahulu, timbul dakwaan di laman sosial kononnya Ahmad Bashah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan Pusat Perubatan Prince Court akibat masalah kesihatan.

 

Beliau berkata, kunjungannya ke hospital secara berkala hanya untuk menjalani pemeriksaan susulan selepas menjalani pembedahan akibat komplikasi usus pada Jun lalu.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.