Bersih 5: Belia Perlu Ada Jati Diri Elak Dari Dieksploitasi – MUBARAK

KUALA LUMPUR – Anak-anak muda perlu ada jati diri yang kuat agar tidak mudah terjebak dalam perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan 19 November ini.

 

 

Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Abd Rahman berkata jati diri penting agar belia tidak mudah dieksploitasi dalam perjuangan pihak tertentu.

 

 

Kata beliau, pilihan raya adalah satu-satunya jalan dalam melakukan perubahan ke atas pemerintahan negara dan bukannya dengan melakukan sebarang demonstrasi jalanan.

 

 

“Belia perlu menguatkan jati diri kerana ia penting sebagai sebuah tembok dalam menentukan maklumat yang benar dan tidak sahih serta mahu mengikut serta atau tidak.

 

 

“Dahulu kita ada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), tapi kerajaan mansuhkan AUKU bukan bermakna boleh berbuat sesuka hati, tetap ada landasannya dan batasannya,” katanya.

 

 

Abdul Aziz menambah, di beberapa negara Timur Tengah sudah terbukti demonstrasi jalanan mampu merosakkan sesebuah negara.

 

 

Justeru, golongan belia diseru untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya akan datang.

 
“Kira-kira 400,000 belia yang boleh mengundi tetapi yang berdaftar cuma 40,000 orang. Perkara ini perlu diberi perhatian serius,” katanya.

 

 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah dalam Forum Sembang Santai Merdeka Belia Bersatu di Dewan Masjid Saidina Umar Al-Khattab (MSUA), Bukit Damansara di sini, pada Sabtu.-Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.